VISI

Komuniti Bestari Peneraju Maklumat Komuniti Akar Umbi

MISI

Membentuk Masyarakat Yang Bermaklumat Dan Bijaksana Sejajar Dengan Wawasan Negara

Salam 1 Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOG KOMUNITI BESTARI KPG. PEMINDAHAN, MARUDI

AJK Komuniti Bestari Kpg. Pemindahan 2009 - 2011


KAPAR : P 220 Baram
DUN : N 66 Marudi
Penaung : YB Encik Sylvester Entri ak. Muran
Pengerusi Daerah : Pegawai Daerah Baram
Penasihat : Tuan Haji Salleh Bin Bujang
Pengerusi KB : Encik Anyi Ngau Uyo
Tim. Pengerusi : Encik William Lim
Setiausaha : Puan Hajijah Bt. Hj. Dollah
Naib Setiausaha : Encik Supardi Hamden
Bendahari : Puan Amy Lau

Ahli-Ahli : Semua penduduk Kpg. Pemindahan


Penyelaras : Mohammad Nizam Bin Othman

K-Bestari Kpg. Pemindahan Menerima Geran MRP

Thursday, November 26, 2009




23 November, Marudi - Sebanyak 20 pertubuhan di Daerah Marudi telah menerima Geran MRP dengan jumlah keseluruhannya RM102,000.00 yang telah disampaikan oleh Menteri Muda Kemudahan Awam dan Kemajuan Tanah Sarawak, YB Sylvester Entri ak. Muran di Pejabat SPDP Marudi. Peruntukan tersebut adalah untuk pertubuhan masing-masing menjalankan aktiviti-aktiviti yang hendak dirancang dan dilaksanakan. YB berharap agar peruntukan tersebut digunakan untuk melancarkan projek masing-masing tanpa disalahgunakan atau diseleweng dan harus digunakan sepenuhnya untuk aktiviti yang dirancangkan. Komuniti Bestari Kpg. Pemindahan adalah di antara pertubuhan di Marudi yang menerima geran tersebut dengan jumlah RM10,000.00. Diharapkan Komuniti Bestari Kpg. Pemindahan dapat menggunakan peruntukan tersebut untuk menjalankan serta merancakkan lagi akitiviti yang bakal dirancang. SALAM 1 MALAYSIA..

Gotong-royong Membersihkan Tanah Perkuburan

Monday, November 23, 2009




Penduduk Kampung Pemindahan yang terdiri daripada empat pertubuhan di kampung tersebut telah bergabung tenaga bergotong-royong membersih kawasan perkuburan Islam pada 21 November 2009, Sabtu lepas. Keempat-empat pertubuhan itu adalah seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pemindahan, Komuniti Bestari Kampung Pemindahan, Kawasan Rukun Tetanggga Kampung Pemindahan dan Wanita PBB Ranting Kampung Pemindahan. Gotong-royong tersebut diadakan sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba. Selain daripada itu, gotong-royong ini merupakan aktiviti bersama antara pertubuhan yang terdapat di Kampung Pemindahan di samping dapat mengeratkan kemesraan antara penduduk-penduduk Kampung Pemindahan.

Program Sepakat Bestari Daerah Baram 2009

Wednesday, November 18, 2009



Tanggal 7 November 2009, Program Sepakat Bestari Daerah Baram 2009 telah berlangsung dengan meriahnya bertempat di Dataran Marudi. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena dengan program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Baram, Encik Joseph Belayong bagi mewakili YB Dato' Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Terdahulu, seminggu sebelum program ini, telah diadakan gotong royong bertempat di Kpg. Narum dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Daerah Marudi, Jabatan Bomba & Penyelamat Marudi, ahli-ahli KB serta penduduk kampung. Gotong-royong ini diadakan sempena dengan Program Sepakat Bestari. Di sepanjang Program Sepakat Bestari yang diadakan pada hari Sabtu itu, antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti senamrobik, jualan produk KB, pameran agensi-agensi kerajaan & swasta, sukaneka, pertandingan mewarna & melukis, pertandingan karaoke dan akhir sekali KB-Xplorace. Program ini melibatkan empat (4) buah KB yang terdapat di Daerah Baram iaitu KB Kpg. Pemindahan, KB Kpg. Narum, KB Rh. Randie. Sg. Brit dan KB Pekan Long Lama. Semasa majlis perasmian, KB Kpg. Pemindahan telah dianugerahkan sebagai Komuniti Bestari Terbaik Daerah Baram 2009. Bagi pihak AJK pelaksana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini. SALAM 1 MALAYSIA....

Sukaneka KB Kpg. Pemindahan

Saturday, October 3, 2009



Pada 03 Oktober 2009 Sukaneka KB telah dilakukan dengan jayanya kerana peserta-peserta terdiri daripada pelbagai kaum etnik yang terdapat di Kpg. Pemindahan, Marudi. Di antara jenis sukaneka yang dijalankan adalah seperti Baling Bola, Tiup Belon, Baling Telur dan Tarik Tali. Sukaneka dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarik Tali di antara AJK yang bertugas menentang di kalangan peserta yang menyertai sukaneka tersebut di mana ia dimenangi oleh para peserta.

Majlis Dialog Bersama Pemimpin

Monday, June 15, 2009



14 Jun 2009, Marudi : Satu Majlis Dialog Bersama Pemimpin telah diadakan anjuran KB Kpg. Pemindahan bersempena Program Info Bestari yang telah dirasmikan oleh YB En. Sylvester Entri ak. Muran, Menteri Muda Kemudahan Awam dan Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak. Selain daripada menjalankan Majlis Dialog Bersama Pemimpin, pelbagai aktiviti lain telah dilaksanakan antaranya senamrobik, jualan produk, kempen derma darah, ceramah dan demo pencegahan kebakaran dan pertandingan mewarna dan melukis kanak-kanak yang telah dijalankan di Dataran Marudi pada 13-14 Jun 2009. Di majlis dialog tersebut pelbagai isu dan masalah telah diketengahkan oleh pihak Komuniti Bestari Kampung Pemindahan yang mewakili seluruh penduduk Kampung Pemindahan di samping mengemukakan beberapa usul yang telah mendapatkan satu penjelasan dan keterangan yang amat positif daripada agensi-agensi kerajaan yang dengan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi persoalan dan kerisauan penduduk kampung. Berita yang paling menggembirakan Komuniti Bestari Kampung Pemindahan adalah pengumuman pemberian geran kerajaan berjumlah RM10,000 oleh Yang Berhormat untuk aktiviti Komuniti Bestari Kampung Pemindahan.